SEJARAH AWAL

Kami merupakan sebuah organisasi yang telah di tubuhkan pada 29 Mac 1958 dengan nama Syarikat Membeli Dan Membuka Tanah Bukit Cheeding Bekerjasama-Sama Dengan Tanggungan Tidak Berhad.

Mempunyai keahlian waktu itu seramai 150 orang. Kebanyakan terdiri daripada pekerja-pekerja di Ladang Teh BOH Bukit Cheeding. Mereka semua adalah penduduk Kuala Langat.

Diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Seri Haji Hormat Bin Rafie bersama rakan-rakannya.

Melalui usaha kumpulan awal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan seluas 1000 (Seribu)  Ekar kepada Syarikat.

Melalui usaha ini, pihak pengurusan tertinggi waktu itu telah memperuntukkan tapak kedai, Masjid, Sekolah, Padang permainan, Klinik dan keperluan asas penduduk dan anggota seluas 20 ekar.

Malah rizab-rizab jalan, parit sempadan, Tapak rumah anggota diberi seorang 1/2 ekar dengan keseluruhan 75 ekar.

 

KEGIATAN EKONOMI AWAL 

Pada tahun 1962 tanah mula diusahakan secara lebih produktif. Melalui nasihat Kementerian Pertanian dan Malaysia Pineapple Industrial Board (MPIB), Koperasi telah mengusahakan tanaman nanas seluas 100 ekar.

Pada tahun 1969 setiap anggota telah diberikan lebih kurang 2 ekar untuk diusahakan bagi penanaman sawit. 

Pada tahun 1983, melalui mesyuarat agung, Koperasi bersetuju untuk memberi tanah kepada anggota PERINGKAT KE-2 dengan keluasan 2 ekar siap bertanam sawit dengan mewajibkan anggota menjual hasil melalui Koperasi.

 

PINDAAN 

Pada 6 Febuari 1998 Koperasi telah membuat pindaan Dari nama Syarikat Membeli Dan Membuka Tanah Bukit Cheeding Bekerjasama-Sama Dengan Tanggungan Tidak Berhad kepada nama KOPERASI MEMBELI DAN MEMBUKA TANAH SERI CHEEDING BERHAD

Pada 28 November 2017 sekali lagi membuat pindaan dari nama Koperasi Membeli dan Membuka Tanah Seri Cheeding Berhad kepada KOPERASI SERI CHEEDING BERHAD dengan no pendaftaran 3016