SEJARAH PENUBUHAN
Penubuhan Awal
Kami merupakan sebuah organisasi yang telah di tubuhkan pada 29 Mac 1958 dengan nama Syarikat Membeli Dan Membuka Tanah Bukit Cheeding Bekerjasama-Sama Dengan Tanggungan Tidak Berhad.
Mempunyai keahlian waktu itu seramai 150 orang. Kebanyakan terdiri daripada pekerja pekerja di Ladang Teh BOH Bukit Cheeding.
Mereka semua adalah penduduk Kuala Langat. Diasaskan oleh Allahyarham Dato’ Seri Haji Hormat Bin Rafie bersama rakan-rakannya.
LANGKAH AWAL
Melalui usaha kumpulan awal ini, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan permohonan
seluas 1000 (Seribu) Ekar kepada Syarikat
PEMBERIAN TAPAK RUMAH – Waktu ini juga tapak rumah anggota diberi seorang 1/2 ekar, rizab-rizab jalan, parit sempadan, dengan keseluruhan 75 ekar.
KEMUDAHAN AWAM – Malah telah memperuntukkan tapak kedai, tapak Masjid, tapak Sekolah, tapak Padang permainan, tapak Klinik, tapak dewan, tapak balai raya, tapak sekolah awal kanak-kanak dan lain-lain seluas 20 ekar
KEGIATAN EKONOMI AWAL
Pada tahun 1962 tanah mula diusahakan secara lebih
produktif. Melalui nasihat Kementerian Pertanian dan
Malaysia Pineapple Industrial Board (MPIB), Koperasi
telah mengusahakan tanaman nanas seluas 100 ekar
Pada tahun 1969 setiap anggota telah diberikan lebih
kurang 2 ekar untuk diusahakan tanaman pokok sawit
bagi tujuan meningkatkan ekonomi anggota.
Pada tahun 1983, melalui mesyuarat agung, Koperasi bersetuju untuk memberi tanah siap bertanam pokok sawit kepada anggota PERINGKAT KE-2 dengan keluasan 2 ekar dengan syarat anggota menjual hasil melalui Koperasi